Assalamualaikum
ok hari nie sempena hari jumaat kite citer ckit la ttg ilmu agama k.
kite mesti pernah dengar solat sunat hajat, tarawih, rawatib, tahyatul masjid n bnyak lagi la..
jadi tajuk perh hari nie nak citer ckit ttg kafiat
SOLAT SUNAT TASBIH.
kite mulakan dgan mnerangkn mgenai kelebihan solat sunat tasbih nie.
- menghapuskan dosa awal
- meghapuskan dosa akhir
- menghapuskan dosa yang tidak sengaja
- menghapuskan dosa tersembunyi
- menghapuskan dosa terang-terangan
ada lagi, nanti perh akan storykn dkt ruangan comment.
solat nie disebut solat sunat tasbih kerana ianya diucapkan sebnyak 300 tasbih dan ianye dikerjakan sebnyak 4 rakaat..
tetapi.
jika kita mgerjakan solat tasbih ini pada waktu malam, kita haruslah melakukannyer sebnyak 2 kali salam (2 rakaat, salam, sambung 2 rakaat lagi n salam)
manakala
jika mgerjakan pada sebelah siang, lakukan sebnyak 4 rakaat dalam satu salam
bacaan tasbih dalam satu rakaan adalah seperti berikut
- baca tasbih sebnyak 15 kali selepas mengakhiri bacaan surah lazim (yakni sbelum rukuk)
- rukuk = 10 kali tasbih
- iktidal = 10 kali tasbih
- sujud = 10 kai tasbih
- duduk antara 2 sujud = 10 kali tasbih
- sujud semula = 10 kali tasbih
- duduk sebentar sebelum berdiri semula selepas tahiyat awal @ akhir = 10 kali tasbih
jadi jumlah tasbih utk satu rakaat ialah 75 tasbih..dan ulang semuanyer sebnyak 4 rakaat, jadi cukuplah sebnyak 300 tasbih...
tasbih yang dibacakan adalah seperti berikut :
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan
Allah,
Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita)
melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan Maha Agong."
next
niat solat tasbih
Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala
surah2 lazim yang dibacakan
- rakaat pertama : Surah At-Takasur
- rakaat kedua : Surah Al-Asr
- rakaat ketiga : Surah Al-Kafirun
- rakaaat keempat : Surah Al-Ikhlas
Doa Sunat Sembahyang Tasbih
"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang
telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan
yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan
beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli
yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, aku
memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan
maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul
ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang
yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."
owh...so klu ada sebarang pertnyaan mgenai solat sunat tasbih nie, just luahkan kat ruangan comment k...
SELAMAT BERAMAL..
ahamdulillah...biasa wat masa qiamullail kan...rindu nak wat lagi,tp perasaan malas menguasai diri...
ReplyDeleteinsya allah...tima kasih atas pengkongsian ini
ReplyDeletealhamdulillah...tau pasal benda nie, tapi kenapa malas sgt..hehehe
ReplyDelete